Mary Louise Hancock

Mary Louise Hancock (5 Julai 1920 – 4 Disember 2017) merupakan senator bagi New Hampshire, Pengarah Peracangan Negeri New Hampshire, dan sering dirujuk sebagai Grand Dame'[1] dan 'Queen Bee' politik New Hampshire. Beliau merupakan wanita pertama dari wilayh ke-15 yang dipilih menjadi senator. Beliau turut pernah menerima Anugerah Robert Frost dan Anugerah Susan B. Anthony. Beliau turut menerima ijazah kepujian dari Keene State College serta Notre Dame College of New Hampshire.[2] Hancock meninggal dunia pada 4 Disember 2017 di usia 97 tahun.[3]